Rabu, 28 April 2010

Hukum Wanita Belajar Memandu Tanpa Mahram..


Soalan:

Adakah seorang wanita dibolehkan belajar memandu bersama dengan guru memandunya jika dia bersendirian tanpa seorang Mahram atau suaminya, memandangkan kereta latihan memandu itu adalah sebuah kenderaan umum dan bukan kenderaan persendirian yang memerlukan seorang Mahram? Adakah guru memandu itu melakukan dosa jika dia mengajar s eorang wanita yang datang kepadanya tanpa seorang Mahram ataupun suami?
Jawapan:
Memang benar bahawa kereta yang digunakan untuk latihan memandu itu adalah sebuah kenderaan umum dan bukan kereta persendirian, tetapi, tanggungjawab disini adalah kehadiran suami atau seorang Mahram bersama wanita tersebut kerana jika dia tidak berbuat demikian, maka dia telah melakukan dosa, malah guru memandu itu juga turut melakukan dosa jika dia mengajar wanita tersebut tanpa berserta Mahramnya.
Penerangannya adalah seperti berikut:

1. Allah Subhanahu wa ta’ala membenarkan wanita melakukan beberapa urusan didalam kehidupan umum: Wajib (الوجوب), lebih baik dilakukan (الندب) dan yang dibenarkan (الإباحة) supaya wanita boleh melakukan urusan-urusannya didalam kehidupan umumnya seperti yang dikehendaki.

Urusan-urusan ini terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama adalah urusan yang tidak memerlukan pergaulan (Ijtima’) diantara laki-laki dan perempuan bersama-sama atau hubungan sosial (khultah) diantara mereka. (Khultah atau hubungan sosial bermaksud bergaul dan bercakap-cakap bersama).
Contohnya adalah seperti berjalan dijalan-jalan, pergi ke masjid, pergi ke taman awam…dan perkara-perkara yang seumpamanya. Wanita tidak dibolehkan untuk bercampur dengan lelaki ketika melakukan urusan – urusan tersebut, kerana hukum asalnya didalam Islam adalah terpisah / berasingan seperti yang dinyatakan didalam hukum yang berkaitan lelaki dan perempuan, dan dengan syarat mengikut apa yang telah Syari’ah benarkan keatas wanita yang tidak memerlukan hubungan sosial (khultah) dan pergaulan (Ijtima’), hukumnya tetap seperti itu. Ini bererti bahawa wanita boleh berjalan dijalan – jalan, pergi ke masjid, atau melawat keluarganya atau pergi ke taman sama ada berjalan atau menaiki kenderaan (dengan syarat tidak melebih jarak yang memerlukan seorang Mahram). Dia boleh melakukan kesemuanya itu tanpa hubungan sosial (Khultah) dengan lelaki asing, iaitu tidak bergaul dan bercakap-cakap bersama-sama. Dia boleh menaiki bas tanpa bercakap – cakap dengan lelaki asing yang duduk disebelahnya, dia boleh memasuki taman dan berjalan-jalan didalamnya tanpa Khultah,didalam perkara-perkara umum seperti ini seorang wanita tidak memerlukan seorang Mahram bersamanya, juga tidak diperlukan laluan berasingan untuk lelaki dan wanita didalam taman, atau jalan – jalan khas yang berasingan didalam bandar untuk lelaki dan wanita. Disana, laluan dan jalan-jalan yang sama digunakan tetapi tanpa Khultah, seperti yang diterangkan diatas.
Oleh yang demikian, didalam mengerjakan segala urusan yang dibenarkan oleh Syari’ah keatas wanita, tidak diperlukan pergaulan (Ijtima’) diantara laki-laki dan perempuan.
Kedua adalah melakukan urusan yang memerlukan pergaulan (Ijtima’) diantara laki-laki dan wanita. Contohnya adalah seperti berjual – beli, menyewa, rawatan perubatan, merawat orang sakit, pembelajaran dan pengajaran, memberi kuliah sains am, mencari modal untuk pertanian atau perindustrian. Hukum – hukum yang khusus telah ditetapkan didalam batas-batas Syari’ah untuk mengatur pergaulan diantara laki-laki dan wanita ketika berurusan didalam hal- hal tersebut dalam kehidupan. Bersembahyang didalam masjid memerlukan pergaulan (Ijtima’) diantara laki-laki dan wanita. Oleh itu, ada hukum yang khusus dimana baris lelaki terpisah dari wanita, iaitu lelaki dibaris hadapan dan wanita di baris yang belakang, tanpa memerlukan seorang Mahram diantara yang bersembahyang.
Melakukan ibadah haji juga memerlukan Ijtima’ diantara lelaki dan wanita tanpa barisan yang terpisah. Oleh itu, maka ada hukum yang khusus hanya untuk ibadah haji bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Ketika melakukan rawatan perubatan atau merawat orang sakit, ada sesetengah perkara memerlukan Ijtima’ diantara lelaki dan perempuan. Oleh itu ada hukum yang khusus dimana dibenarkan melihat bahagian yang sakit, walaupun bahagian yang sulit, dan sebagainya.

2. Mengajar memandu memerlukan kehadiran laki-laki dan perempuan untuk pembelajaran, kerana tidak mungkin ada guru wanita untuk wanita dan guru lelaki untuk lelaki. Oleh itu, perkara ini ada hukumnya yang khusus.
Apabila meneliti realiti belajar memandu ini, jelas didapati bahawa:
Pada hakikatnya, mengajar memandu didalam kereta adalah terhad kepada guru dan pelajar yang bertujuan untuk mengajar individu tertentu bukan satu kumpulan. Tujuan khusus untuk lelaki dan perempuan itu bertemu adalah terhad kepada mereka berdua sahaja, dan tidak seperti dimasjid atau kuliah umum, dimana tujuan mereka bertemu melibatkan bilangan yang ramai,maka tidak terdapat perbuatan khalwat disitu, masalahnya hanyalah baris untuk laki- laki dan wanita. Oleh yang demikian, keterangan datang untuk memisahkan barisan tanpa mengambil kira khalwat dan Mahram. Manakala, didalam hal belajar memandu, didalam kereta menghimpunkan dua orang, lelaki dan perempuan, iaitu guru memandu dan pelajar yang ingin belajar memandu. Oleh itu, kemungkinan terdapat perbuatan khalwat disitu kerana peraturannya memerlukan mengajar memandu dipelbagai jalan yang berlainan. Selain dari itu, terdapat juga hubungan sosial (Khultah) kerana berjumpa dan bercakap-cakap ketika belajar memandu. Oleh yang demikian, khalwat hendaklah dielakkan dan bersosial hendaklah dihadkan kepada tujuan untuk mengajar memandu.

Ini boleh dilakukan dengan disertai oleh seorang Mahram kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallambersabda:
لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم
“Seorang laki-laki tidak dibolehkan duduk berkahlwat dengan seorang perempuan tanpa Mahramnya” seperti yang diriwayatkan oleh Muslim.
Suami atau Mahram pelajar tersebut perlu berada didalam kenderaan ketika beliau belajar memandu. Jika tidak, dia akan melakukan dosa, malah, guru memandu yang mengajarnya turut melakukan dosa kerana ketidakhadiran seorang Mahram atau suaminya.
Perlu juga diberi perhatian bahawa wanita perlu menutup auratnya sepanjang masa ditempat-tempat umum mengikut pakaian yang telah ditetapkan oleh Syariah iaitu jilbab dan khimar mengikut batas-batas Syariah.

Sheikh Ata ibn Khaleel al –Rashta
Sumber: Islamic Revival…

PERINGATAN WAT KITA SUME..ESPECIALLY MUSLIMAT2 KAT LUAR SAN YANG NAK AMEK LESEN 2..
~IMBH~

Possibly related posts: (automatically generated)

* Hukum Wanita Bermusafir Tanpa Mahram

Jumaat, 16 April 2010

Kerana Sebiji Epal
Filed under: Kisah Tauladan
Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.
Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.
Allahu a’lam bisshawab.

Tafakkur Dengan Keyakinan

Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman orang yang hina (justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah) diangkat dan dimertbatkan ke darjat yang mulia.


Manakala orang yang mulia (kerana akrabnya dengan Allah serta sangat menjaga hukum-hakamNya) telah dianggap hina. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang beriman juga yang menghargai mujahid, syuhada’ dan para solehin.


Justeru, ketika nama dan harta mula melengkari hidupmu… mungkin ketika itu percikan-percikan api jahiliyah mula membakar jiwamu. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Bukan mudah untuk meletakan dunia di tangan, iman di hati. Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.


Ya, berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!


Lalu aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika berbicara tentang hati.


Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab oleh limpahan peringatan.
Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air!


Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain!
Dunia yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak sudi berpaling kepada para muttaqin.


Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan semakin dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat Islam sendiri.


Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja tanpa menggamit nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika bekerja tanpa diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para mujahidin di seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah dan disekat oleh pelbagai tribulasi dan mehnah.


Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun jika dibandingkan dengan kesusahan mereka. Berdoalah untuk mereka… agar diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan serta keberanian dalam menghadapi pejuang syaitan (fisabilitthagut). Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan menyusur jalan-jalan mulia yang kau telah rentas itu.


i) PEDANG SAYIDINA ALI
Sayidina Ali punya pedang yang begitu digeruni oleh musuh-musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya. Berita tentang kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengan berita kehebatan pedang itu, lelaki itu pun datang menemui Sayidina Ali dan berkata,” tolong pinjamkan aku pedang mu yang hebat itu.” Tanpa banyak bicara Sayidina Ali pun meminjamkan pedang itu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu sangat gembira. Apabila sahaja terjadi peperangan, dia pun pergi dengan membawa pedang itu sekali. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayidina Ali itu.


Tidak lama kemudian perang pun tamat. Lelaki itu pulang dengan pedang yang dipinjamkan oleh Sayidina Ali itu. “Nah, ambillah kembali pedang ini,” katanya sebaik menemui Sayidina Ali. “Bagaimana, hebat tak pedang ini?” tanya Sayidina Ali. “Ah, biasa-biasa sahaja. Jika aku tahu begini, tak akan aku pinjam pedang ini daripada mu. Mengapa pedang ini tak sehebat yang diceritakan?” “Kau hanya meminjam pedang, tetapi kau tidak “meminjam” tangan yang memegang pedang itu!” kata Sayidina Ali.


Pengajaran:
Kekuatan utama manusia bukan kepada alat-alat yang digunakannya, tetapi pada dirinya sendiri. Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak. Di tangan orang yang dungu, teknologi walau secanggih mana pun tidak akan dapat digunakan. Manakala di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu satu kejahatan dan kehancuran.


ii) MISKIN HARTA, MISKIN JIWA
Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. “Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” “Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis. “Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.” “Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?” Pendakwah terdiam. Dalam diam dia berdoa. Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.
Pengajaran:


Malas adalah satu dosa. Ramai yang tidak nampak hakikat itu. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuk atas hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang… menipu diri sendiri!


Dipetik dari: http://genta-rasa.com/ oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Selasa, 6 April 2010

Latihan 12 : Laporan segmen dan Desentralisasi

Latihan 12-1

Apakah yang dimaksudkan dengan terma desentralisasi ?

Desentalisasi bermaksud bukan pemusatan. Iaitu, kuasa tidak terhad hanya kepada pengurus atasan sahaja tetapi ia turut melibatkan setiap peringkat pengurusan dan pekerja bawahan juga boleh membuat keputusan.



Latihan 12-2

Apakah kepentingan dalam membuat keputusan daripada desentralisasi ?

Ø Tanggungjawab pengurus atasan akan semakin kurang berkaitan dengan strategi organisasi.

Ø Kuasa dalam membuat keputusan dapat meningkatkan kepuasan kepada sesiapa yang membuat keputusan.

Ø Pengurus bawahan dapat membalas respon pelanggan dengan cepat.

Ø Peringkat bawahan seringkali dapat membuat keputusan dengan baik.

Ø Pengurus peringkat rendah mendapat pengalaman dalam membuat keputusan.


Latihan 12-3

Jelaskan perbezaan antara pusat kos, pusat keuntungan dan pusat pelaburan?

Ø Pusat kos : Segmen pengurus yang mempunyai kawalan terhadap kos tetapi tidak pada pendapatan atau pelaburan.

Ø Pusat keuntungan : Segmen yang mana pengurus mempunyai kawalan terhadap kedua-dua iaitu kos dan belanja tetapi tidak kawal keatas dana pelaburan.

Ø Pusat pelaburan : Segmen dimana pengurus mempunyai kawalan keatas kos,belanja, dan pelaburan dalam operasi aset.


Latihan 12-4

Definisikan segmen dalam organisasi. Berikan beberapa contoh setiap satu ?

Segmen : Iaitu sebahagian atau aktiviti organisasi tentang apa yang seorang pengurus perlu cari iaitu kos, pendapatan, data keuntungan.

Contoh : Wilayah jualan, kedai individu, pusat perkhidmatan, jabatan pemasaran dan sebagainya.


Latihan 12-5

Bagaimana pendekatan sumbangan kos dapat diberikan kepada segmen dalam organisasi?

Pendekatan ini berlaku di mana jika kos yang dapat dikesan kepada segmen dan kos biasa tidak diperuntukkan dalam pendekatan sumbangan kos.



Latihan 12-6

Perbezaan antara kos dikesan dengan kos biasa. Berikan beberapa contoh bagi setiap kos tersebut ?

Ø Kos dikesan : Terbit kerana wujudnya segmen yang khusus dan akan hilang dari masa ke semasa sekiranya segmen tersebut hilang dengan sendirinya.

Ø Kos biasa : Terbit kerana keseluruhan firma tersebut tidak akan hilang sekiranya terdapat segmen khusus disingkirkan.

Ø Contoh : Jika jabatan sebuah syarikat bertindak sebagai segmen. Kos dikesan merangkumi gaji pengawal jabatan atau pekerja yang bekerja di jabatan tersebut. Manakala kos biasa adalah berkaitan dengan kos sewa bangunan pusat, pengiklanan korporat dan sebagainya.


Latihan 12-7

Terangkan bagaimana segmen margin berbeza dengan margin sumbangan?

i. Margin segmen : Dikira dengan mengurangkan kos tetap dapat dikesan dari kos margin sumbangan, ia adalah ukuran yang terbaik daripada jangka masa panjang segmen.

ii. Margin sumbangan : Perbezaan antara pendapatan jualan dan kos pembolehubah.


Latihan 12-8

Kenapa kos biasa tidak diperuntukkan untuk segmen dibawah pendekatan sumbangan ?

Ini kerana, beberapa segmen mungkin jadi tidak menguntungkan dan pengurus mungkin terpengaruh untuk menghilangkannya. Jika segmen dihilangkan kerana adanya kos biasa diperuntukkan tanpa sebab, keuntungan syarikat secara keseluruhan akan menurunkan jumlah margin segmen kerana kos biasa akan menjadi tetap. Kos biasa yang telah diperuntukkan untuk segmen kemudian akan diperuntukkan semula untuk segmen selebihnya, seterusnya menjadikannya kurang menguntungkan.



Latihan 12-9

Bagaimana mungkin iaitu kos yang dapat dikesan kepada segmen dapat menjadi kos umum jika segmen terbahagi kepada segmen seterusnya ?

Kos organisasi mempunyai batas sejauh mana ia dapat dibolehkan. Oleh kerana itu, kos yang dapat dikesan kepada segmen dapat menjadi umum sebagai segmen yang terbahagi menjadi unit segmen yang lebih kecil. Contohnya, kos televisyen antarabangsa dan media cetak mungkin dapat salurkan kepada produk lini tertentu, tetapi kos umum dari wilayah geografi adalah tempat jualan produk lini yang dijual.




Latihan 12-10

Apakah yang dimaksudkan dengan terma margin dan pusing ganti dalam pengiraan ROI?

Ø Terma margin : Iaitu nisbah keuntungan operasi bersih dan jumlah keseluruhan jualan.

Ø Pusing ganti : Iaitu merujuk pada nisbah jumlah keseluruhan jualan aktiviti operasi secara purata. Hasil darab margin dan pusing ganti adalah ROI.




Latihan 12-11

Apakah maksud pendapatan sisa ?

Ø Pendapatan sisa : Bemaksud keuntungan bersih pusat pelaburan yang dihasilkan pada tahap minimum yang diperlukan oleh syarikat sebagai pulangan ke atas aktiviti operasi.



Latihan 12-12

Dalam keadaan manakah ROI boleh digunakan sebagai langkah menghasilkan keputusan bagi pusat pelaburan yang paling sukar ?

Jika ROI digunakan untuk menilai prestasi, seorang pengurus pusat pelaburan boleh menolak kemungkinan yang menguntungkan pelaburan dengan tingkat pulangan melebihi tahap yang diperlukan syarikat. Pendekatan sisa pendapatan mengatasi masalah ini kerana setiap projek yang tahap pulangan melebihi tahap minimum yang diperlukan syarikat akan mengakibatkan peningkatan sisa pendapatan.

Jumaat, 2 April 2010

Latihan 11-1 hingga 11-16



Latihan 11-1

Apakah belanjawan statik?

Belanjawan statik adalah belanjawan yang disediakan pada awal tempoh kewangan dan hanya akan berlaku untuk tingkat aktiviti yang dirancangkan. Pendekatan belanjawan statik sesuai untuk sesuatu perancangan tetapi tidak cukup untuk menilai dengan baik untuk mengawal kos.

Latihan 11-2

Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan fleksibel dan bagaimana ia berbeza dengan belanjawan statik?

Maksud belanjawan fleksibel mudah adalah untuk menjangkakan kos bagi setiap peringkat aktiviti dalam kadar aktiviti tertentu. Apabila belanjawan fleksibel digunakan dalam hasil pengiraan, kos yang sebenarnya dibandingkan dengan belanjawan seharusnya untuk tingkat aktiviti sebenar selama tempoh dengan kos yang dianggarkan daripada anggaran yang sebenar.

Latihan 11-3

Namakan TIGA kriteria yang boleh dipertimbangkan bagi memilih aktiviti asas yang mana untuk membina belanjawan fleksibel.

· Aktiviti asas dan kos overhead berubah harus saling berkaitan.

· Aktiviti asas tidak boleh dinyatakan dalam dolar atau mata wang lain. Perubahan di peringkat upah mempengaruhi aktiviti asas tapi biasanya tidak menyebabkan perubahan dibahagian kos overhead. Oleh kerana itu, biasanya yang terbaik untuk menggunakan fizikal daripada saiz kewangan kegiatan dalam anggaran fleksibel.

· Kegiatan yang asas harus sederhana dan mudah difahami. Suatu dasar yang tidak mudah difahami mungkin akan menyebabkan kesulitan dan salah faham. Sulit untuk mengawal kos jika orang tidak memahami laporan atau tidak menerima mereka sebagai sah.


Latihan 11-4

Dalam laporan prestasi untuk overhead berubah, apakah perbezaan (s) yang akan dihasilkan jika anggaran fleksibel berasaskan pada jam yang sebenarnya bekerja? Di kedua-dua jam sebenarnya bekerja dan jam standard dibenarkan?

Perbezaan yang akan terhasil adalah

Latihan 11-5

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah standard jam dibenarkan?

Maksudnya adalah masa yang sepatutnya diambil untuk menyiapkan pengeluaran mengikut tempoh yang sebenar. Ukuran piawaian digunakan bagi membandingkan ukuran sebenar bagi mendapatkan kos belanjawan fleksibel.

Latihan 11-6

Bagaimanakah overhed perkilangan berubah varians pengeluaran berbeza dengan harga varians bahan mentah?

Spending varians bermaksud hanya berguna untuk memperluaskan bahawa kos bergerak untuk overhead berubah yang sebenarnya adalah jam yang sebenar bekerja. Kemudian kewangan fleksibel berdasarkan hari sebenarnya bekerja adalah menjadi sah yang menunjukkan kita berapa banyak yang harus dikeluarkan secara keseluruhan atas item kos overhead berubah selama tempoh berjalan. Kos overhead yang sebenarnya akan lebih besar dari benchmark ini, mengakibatkan varians tidak menguntungkan, jika salah satu item overhead variable kos lebih untuk membeli dari standard membolehkan atau item overhead variable yang digunakan lebih daripada standard yang dibolehkan. Jadi varians pengeluaran meliputi harga dan jumlah varians.

Latihan11-7

Kenapa terma overhead efficiency variance adalah mengelirukan?

Overhead efficiency variance adalah anggaran yang member kesan pada kos overhed berubah terhadap ketidakcekapan dalam penggunaan yang asas. Ini akan menyebabkan wujudnya varians kecekapan berubah yang mengelirukan. Bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengukur kecekapan dengan sumber overhead berubah yang digunakan.

Latihan11-8

Dalam hal apa adalah anggaran fleksibel yang terlibat dalam penetapan kos produk ?

Kegiatan berasaskan kos menyediakan cara untuk mengenali pelbagai pemacu kos overhead dan dengan demikian meningkatkan ketepatan sistem bayaran. Dalam kegiatan berasaskan kos, setiap kolam kos overhead ada ukurannya sendiri aktiviti. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa formula kos untuk kos overhead berubah akan dinyatakan dalam hal pelbagai jenis kegiatan bukan semua yang dinyatakan dalam bentuk unit atau ukuran umum kegiatan seperti jam tenaga kerja langsung atau mesin jam.

Latihan 11-9

Apakah maksud terma denominator level of activity ?

Denominator level of activity bermaksud peringkat atau tahap aktiviti yang digunakan untuk mengira kadar pratentu overhed (predetermined of rate)

Latihan 11-10

Mengapa kita melaksanakan overhead untuk bekerja dalam proses berdasarkan standard jam dibenarkan dalam bab 11 ketika kita menerapkannya atas dasar jam sebenar dalam bab 3. Apakah perbezaan dalam sistem kos antara bab dua?

Ini kerana

Latihan 11-11

Dalam sistem kos standard, apa dua varians dikira untuk kos pengeluaran tetap?

· Varians belanjawan ( Budget Variance )

· Varians jumlah ( Volume Variance )

Latihan 11-12

Adakah anggaran overhead mengukur varians tetap?

Formula :

Jumlah kos overhed tetap sebenar – belanjawan kos overhed tetap = varians belanjawan

(Actual Fixed Overhead Cost – Budgeted Fixed Overhead Cost = Budget variance)

Latihan 11-13

Dalam keadaan apakah varians kelantangan akan menguntungkan? Kurang baik? Apakah deviasi mengukur varians perbelanjaan untuk item overhead tetap? Jelaskan.

Varians kelantangan menguntungkan ketika peringkat kegiatan untuk suatu jangka masa, pada standard lebih besar daripada tahap aktiviti denominator. Sebaliknya, jika tahap aktiviti pada ukuran kurang dari tahap aktiviti, varians kelantangan kurang baik. Varians tidak mengukur penyimpangan dalam kegiatan sebenar dari tingkat aktiviti.

Latihan 11-14

Apakah bahaya dalam mengungkapkan kos tetap pada pangkalan per unit?

Apabila kos tetap diletakkan dalam pangkalan per unit, seseorang pengurus dapat mengelirukan fikiran pihak lain di mana ia benar-benar kos berubah. Hal ini boleh menyebabkan kesalahan dalam meramal tentang perilaku kos dan untuk membuat keputusan dalam menilai prestasi.

Latihan 11-15

Di bawah atau overapplied overhead boleh dibahagikan ke dalam empat variasi apa?

· Varians Overhead Pengeluaran

· Varians Kecekapan dan kewangan

· Overhed Tetap

· Varians kelantangan


Latihan 11-16

Jika overhead kilang overapplied untuk Ogos, anda akan mengharapkan total varians overhead akan menguntungkan atau tidak menguntungkan?

Jumlah overhed menguntungkan ketika overhed kilang overrapplied.

 
Copyright 2009 Mujahidah Solehah. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Templates team
Wordpress by Wpthemescreator