Jumaat, 2 April 2010

Perkongsian: April Fool. Kamu memperbodohkan diri kamu di hadapan Allah


Jangan jadi bodoh. ~ Picture by hellobaby of deviant art

Jangan jadi bodoh. ~ Picture by 'hellobaby of deviant art

1 April. Sinonim dengan sambutan April Fool. Saya masih ingat kala saya sekolah rendah dahulu. Bermain April Fool dengan teman-teman. Kadangkala sehingga waktu bukan 1 April, masih lagi terjerit-jerit April Fool.

Kita rasa seronok memperbodohkan orang lain. Kadangkala kita terlupa bahawa kita memperbodohkan diri kita sendiri. Sudahlah sambutan April Fool bukannya sambutan yang Islam anjurkan, kita merendahkan pula martabat akal kita yang Allah berikan.

Dengan menyambutnya, kita telah memperbodohkan diri kita di hadapan Allah SWT.


April Fool, seruan jahiliyyah

Diwar-warkan bahawa April Fool itu satu medan untuk berukhuwwah. Dikatakan dengan senda gurau itu mampu membuatkan hubungan semakin erat.

Yakah?

Saya tidak mahu menafikan keeratan yang mungkin boleh muncul. Tetapi saya suka kita melihat dasar ukhuwwah yang hendak kita bina. Apakah ukhuwwah yang Allah redha itu dasarnya dibina dengan senda gurau yang digaul dengan penipuan?

Kita lihat suasana April Fool ini hanya akan membawa kepada kerendahan mentaliti. Malah menyeru manusia supaya ada ‘daya balas membalas’. Lebih-lebih lagi kalau gurauan itu dilakukan dalam keadaan ‘berat’ dan ‘melampau’.

Ia akan melahirkan budaya yang tidak sihat.

Paling tidak, sesiapa yang dikenakan itu akan merasa terkejut dan marah. Berbanding bilangan yang akan tersenyum dan ketawa, kita akan melihat bilangan yang menjerit mencarut kemarahan itu lebih ramai.

“Adalah dilarang seorang muslim menakutkan muslim yang lain” Hadith riwayat Abu Dawud dan Musnad Ahmad.

Tambahan, berbohong adalah dari kalangan dosa besar di sisi Islam.

“Celakalah untuk sesiapa yang berbohong untuk membuat untuk membuat orang lain tertawa” Hadith riwayat Abu Dawud.

Di dalam Hadith Sohih Riwayat Bukhari, ada Rasulullah SAW nyatakan siksaan untuk mereka yang berbohong. Boleh Rujuk Sohih Bukhari, Vol 8 hadith bernombor 118.

Inilah dia seruan jahiliyyah yang halus. Tidakkah anda melihat bagaimana manusia menghias jahiliyyah itu seindah-indahnya? Ibarat ‘anthrax’ yang tidak kelihatan tetapi mampu membunuh manusia. April Fool menghakis akhlak dan peribadi. Disalut kononnya merapatkan ukhuwwah mencambah mesra. Tetapi hakikatnya lebih banyak keburukan dari manfaatnya. Lebih buruk lagi, menghitamkan jiwa kita seterusnya menjauhkan diri kita daripada Allah SWT.

Sambutan orang lain. Kenapa kita pula yang berseronok?

April Fool datang daripada perayaan kaum lain. Yang membuatkan saya hairan, orang Islam pula yang terlebih menyambutnya. Di sini kelihatan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Menyambut perayaan kaum lain hakikatnya adalah dilarang. Kita sekadar dibenarkan meraikan sahaja. Meraikan bukan bermaksudnya menyambut. Meraikan yakni menghormati sahaja. Sebab itu memang perayaan mereka. Tetapi bukan bermaksud kita menyambutnya. Itu bukan perayaan kita.

Orang selalu menyebar cerita bahawa April Fool itu dilarang menyambutnya kerana ia adalah hari di mana Kerajaan Islam Sepanyol dijatuhkan. Dijatuhkan dengan tipuan yang licik oleh orang kafir di sana.

Tetapi setelah saya membuat pembacaan, saya dapati cerita itu tidak benar. Hal ini kerana, April Fool wujud 50-100 tahun selepas kejatuhan ummat Islam di Sepanyol. Justeru, saya tidak rasa cerita seperti itu patut disebar-sebar tanpa nas yang kukuh.

Boleh dibaca artikel itu di:

1. http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/april-fool.html

2. http://www.answering-islam.org/Hoaxes/aprilfool.html

Iya, saya tidak menolak kemungkinan peristiwa itu berlaku. Tetapi merelasikan April Fool dengan peristiwa itu bukan tindakan yang bijak. Hal ini kerana, ia akan menimbulkan satu budaya ‘paranoid’ di dalam ummat Islam. Adakah kita hendak bertindak sama dengan kaum kafir yang menuduh kita ‘teroris’? Di sini secara tidak langsung kita juga membuat pembohongan.

Kita tidak perlukan sebab seperti peristiwa hitam untuk tidak menyambut perayaan orang agama lain. Kita hanya perlukan sebab: “Allah redha atau tidak” sahaja. Jadi, Rasulullah SAW telah melarang kita menyambut, meniru perbuatan kaum lain, maka itu sahaja sudah cukup menjadi sebab kepada kita meninggalkan perayaan-perayaan mereka.

Tidak perlu kita mereka cerita palsu begitu begini untuk menghalang sambutan tersebut.

Orang beriman tidak berbohong

Rasulullah ada menyatakan bahawa orang beriman itu melakukan dosa seperti zina, mencuri, minum arak. Tetapi, Rasulullah SAW tidak pernah menyebut bahawa orang yang beriman itu berbohong. Sebab itu, barangsiapa yang berbohong bukan dari kalangan mereka yang beriman.

Bohong adalah antara kunci utama kepada kemaksiatan dan kemungkaran.

Tiada kemungkaran dan kemaksiatan yang boleh dijalankan dengan pembohongan.

Ini dibuktikan oleh seorang sahabat Rasulullah, apabila dia ingin bertaubat dari segala dosanya, maka dia bertanya kepada Rasulullah SAW apakah resepi untuk dia kekal istiqomah dalam kebaikannya dan tidak melakukan maksiat? Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan kamu berbohong”

Dan bila dia hendak melakukan maksiat dan kemungkaran, dia sentiasa ingat bahawa, dia tidak boleh berbohong untuk menyembunyikan maksiat dan kemungkarannya. Akhirnya dia benar-benar berjaya istiqomah dan meninggalkan perbuatan lamanya.

Bohong adalah ciri orang-orang munafiq. Rasulullah SAW bersabda:

“Tanda munafiq itu tiga perkara: bila berbicara mereka berbohong, bila berjanji mereka mungkir, bila diberikan kepercayaan mereka khianat” Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, An-Nasa’ie dan Ahmad Ibn Hanbal.

Dan tempat orang munafiq itu lebih hina dari orang-orang kafir.

Letaknya di neraka paling dalam sekali.

“Sesungguhnya orang munafiq itu berada di lapisan terbawah sekali dari lapisan-lapisan neraka, dan engkau akan melihat bahawa tiada sesiapa yang mampu membantu mereka” Surah An-Nisa’ ayat 145.

Penutup: Bila kita hendak tunduk sepenuhnya kepada Allah?

Sampai bila kita hendak merasa seronok dengan sesuatu yang tidak kena mengena dengan Islam? Sampai bila agaknya kita redha jiwa kita dilumuri jahiliyyah?

Bilakah agaknya hendak tiba waktu kita mengambil Islam dalam bentuknya yang sempurna?

Bilakah agaknya kita hendak menyisihkan karat-karat jahiliyyah dari kehidupan kita?

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.

Kita kata hendakkan redha Allah SWT, hendakkan syurga-Nya, tetapi kita campurkan perjalanan kita menjadi hamba dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.

Mari sama-sama muhasabah.

Kita tinggalkan segala apa yang Allah tidak redha.

Walaupun perkara itu diredhai seluruh manusia yang lainnya.

Posted in: Tazkirah, semasa.

Perkongsian: Kita lupa Dia akan marah


Akan ada hari, Allah akan murka semurka-murkaNya ~ picture by  AlYamaha

Akan ada hari, Allah akan murka semurka-murkaNya ~ picture by AlYamaha

Semalam kita hidup. Hari ini kita diizinkan bangun. Dosa-dosa semalam belum kita usaha untuk ianya diampunkan. Hari ini kita tambah lagi dosa-dosa kita. Luka semalam belum kita ubati, hari ini kita tambah lagi luka-luka di dalam hati.

Kita rasa senang dengan kehidupan penuh ketidak kisahan ini. Kita rasa terbuai dengan kealpaan ini. Esok masih ada. Esok boleh taubat. Allah itu Maha Pengampun, tak mengapa buat dosa banyak-banyak.

Kita lupa bahawa, ada satu hari, Allah akan melepaskan kemarahan-Nya tanpa tertahan-tahan.


Allah Yang Maha Penyayang.

Allah tiada tandingan. Dalam apa jua medan, Allah SWT adalah yang terhebat. Hal ini kerana Dia adalah pencipta yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana, Berkuasa Atas Segala-galanya, dan tiada siapa mampu menyaingi-Nya.

Dalam keperkasaan-Nya yang tiada tandingan itu, Allah SWT juga adalah yang Maha Penyayang, Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Dalam medan ini juga, tiada siapa dapat menandingi Allah SWT.

Lihatlah kasih sayang Allah SWT.

“Aku adalah sebagaimana hamba-Ku sangkakan mengenai-Ku, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekati-Ku sedepa, maka Aku akan mendekatinya lebih daripada itu. Sekiranya dia datang mendekati-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dalam keadaan yang pantas” hadith riwayat Muslim.

“Allah memanjangkan tangan-Nya pada waktu malam untuk mengampunkan pembuat dosa di waktu siang dan Allah memanjangkan tangan-Nya pada waktu siang untuk mengampunkan pembuat dosa pada waktu malam sehinggalah terbit matahari dari barat” Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim.

“Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari barat, maka taubatnya akan diterima” Hadith riwayat Ahmad dan Muslim.

Lihatlah kasih sayang Allah.

Siapakah yang mengambil peluang?

Tapi kita mengkhianati kasih sayang-Nya

Tetapi bagaimanakah pula layanan kita kepada Allah SWT?

Bila kita berdosa, kita tidak pergi pada keluasan keampunan-Nya. Kita hanya menjadikan keampunan-Nya yang amat luas itu sebagai alasan untuk kita terus melakukan dosa, pengingkaran dan kemaksiatan.

Manusia jenis apakah kita ini?

Perasankah anda, berapa umur anda sekarang?

20 tahun? 40 tahun? 60 tahun?

Kiralah berapa hari anda telah tidur dan Allah izinkan anda bangun kemudian anda melakukan dosa pada hari yang Allah hadiahkan untuk anda itu seterusnya anda tidur lagi dalam keadaan tidak bertaubat seakan-akan anda yakin dengan 100% keyakinan bahawa anda akan datang kepada hari anda membaca artikel saya sekarang ini.

Lihat. Betapa tidak sensitifnya kita kepada Allah SWT.

Betapa angkuhnya kita kepada Dia.

Betapa kita ini telah mengkhianati-Nya.

MasyaAllah.

Ada satu hari nanti Dia akan marah semarah-marah-Nya

Itulah dia hari akhirat. Hari Allah SWT akan membalas segala perbuatan manusia. Baik dan buruk pada hari itu tidak akan mendapat belas kasihan-Nya kecuali yang terpilih sahaja. Pemeriksaan Allah pada hari itu akan tersangat-sangat ketat tanpa ada perlonggaran.

Hingga ada orang yang ingkar di dunia berharap bahawa dia sebelumnya adalah tanah.

“… iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” Surah An-Naba’ ayat 40.

Pada hari itu tiada lagi peluang untuk yang melupakan-Nya di dunia. Allah akan melupakan mereka itu dan tidak mengisahkan pula urusan mereka. Bahkan, Allah menambah pula kesusahan manusia-manusia ingkar ini dengan kesusahan yang melampau pada hari itu.

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. Surah Toha ayat 124-126.

Allah tidak akan menutup aib mereka yang tidak pernah merasa malu dengan dosa mereka. Semuanya akan ditayangkan.

Pada hari ini, manusia-manusia yang soleh juga kerisauan. Hatta para Rasul dan Nabi juga bergementaran. Mereka takut dengan kemurkaan Allah dalam keadaan mereka itu memang orang yang taat dan bersih. Apatah lagi manusia yang selama hidupnya ingkar kepada Allah SWT.

Allah akan marah semarah-marahnya hari itu.

Tiada lagi ikhtiar, dipadam segala peluang untuk bertaubat dan mengumpul amal.

“Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum terbitnya matahari dari barat. Ketika matahari terbit dari barat, semua manusia akan beriman. Tetapi pada hari itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya apa yang belum diimani sebelum itu, atau kebaikan yang belum diusahakan semasa keimanannya dahulu” Hadith Riwayat Bukhari.

Hari itu tidak jauh. Jangan fikir anda banyak masa

Bila disebut hari kiamat, hari akhirat, ramai yang menyangka ianya panjang dan masih jauh. Tetapi hakikatnya kiamat itu amat dekat. Dekat untuk setiap orang. Hal ini kerana, tiada siapa tahu bila nyawanya terhenti.

“Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku), Sedang Kami memandangnya dekat,” Surah Al-Ma’arij ayat 6-7.

Ada orang bermain dengan gembira, sihat walafiat di tengah padang bola, meninggal tiba-tiba. Ada seorang sheikh, sedang memberi ceramah dalam keadaan sihat, malah sedang menuturkan kalam, tiba-tiba terdiam dan jatuh meninggal dunia. Ada orang yang sedang memandu, berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba didapati dia tidak bergerak-gerak walaupun lampu sudah hijau, bila diperiksa dia telah meninggal dunia.

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.” Surah Al-Munafiquun ayat 11.

Apakah ini? Bagaimana kita sangat yakin bahawa kita akan hidup sampai 10 tahun lagi. Bagaimana agaknya kita sangat yakin bahawa petang ini masih milik kita?

Tetapi kita tidak peduli. Kita tidak pernah hendak memandang atau mengambil berat perkara ini.

“Ah, tak apa. Allah Maha Pengampun”

“Tak apa, esok ada lagi”

Dan hakikatnya kita telah mengkhianati kasih sayang Allah. Kita seakan-akan telah menempah kemurkaan-Nya pada hari Dia akan murka semurka-murka-Nya.

Penutup: Apakah belum tiba masanya wahai manusia?

Belum tibakah masanya kita tunduk?

Belum tibakah masanya kita taat?

Kenapa kita masih boleh berkira-kira untuk menyerahkan diri kita kepada Allah SWT? Kenapa kita seakan-akan lebih mempercayai dunia yang akan hancur ini berbanding Allah SWT yang Abadi?

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.

Ingatlah bahawa akan ada satu hari Allah akan benar-benar marah.

Hari Dia akan memalingkan wajah-Nya.

Dan ketika itu kita hanya menanti dilemparkan ke neraka sekiranya kita tidak mempersiapkan jiwa kita sedari saat ini.

Selasa, 23 Mac 2010

Latihan 10-1 hingga 10-10

Latihan 10-1
Apa itu piawaian kuantiti? Adakah piawaian harga?
Bilangan bahan yang harus diperlukan untuk menyelesaikan tempoh output sebenarnya. Hal ini dihitung dengan mengalikan jumlah unit yang sebenarnya dihasilkan oleh kuantiti standard per unit.

Latihan 10-2
Perbezaan antara ideal dengan praktikal standard?
Ideal = Keadaan di mana tiada gangguan, kerosakkan di mana mesin tidak mengalami sebarang kerosakkan dan gangguan kerja serta hasil yang diperolehi dapat dicapai sepenuhnya.
Praktikal = Mengambil kira masa kerosakkan biasa, masa rehat bekerja dan mendorong pekerja dengsn mengambil faktor-faktor tertentu.

Latihan 10-3
Jika pekerja secara kronik tidak dapat memenuhi standard, apakah kesan apa yang akan ini mempengaruhi tahap produktiviti mereka?
Tenaga kerja langsung standard waktu yang diperlukan untuk menyelesaikan unit produk (disebut standard jam per unit) mungkin merupakan satu-satunya yang paling sukar untuk menentukan standard. Satu pendekatan adalah untuk menghuraikan setiap operasi yang dilakukan pada produk menjadi elemen gerakan tubuh (seperti mencapai, menggalakkan, dan membalik-balik). Waktu piawai untuk gerakan seperti itu sedia dalam karya rujukan. Standard kali ini dapat diterapkan pada gerakan-gerakan dan kemudian ditambah bersama-sama untuk menentukan masa standard jumlah dibenarkan untuk setiap operasi. Pendekatan lain adalah untuk jurutera industri untuk melakukan kajian masa dan gerak, sebenarnya memerlukan masa untuk tugas-tugas tertentu. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, waktu standard perlu merangkumi faedah untuk istirahat, keperluan peribadi pekerja, pembersihan, dan mesin ke-waktu.

Latihan 10-4
Apakah perbezaan antara piawaian dan belajawan?
Piawaian = adalah satu piawaian untuk mengukur tanda aras bagi menilai prestasi.
Belanjawan = Merupakan satu perancangan yang berbentuk kuantitatif yang menerangkan bagaimana sesuatu sumber itu diperolehi dan digunakan sepanjang tempoh belanjawan tertentu.

Latihan 10-5
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah varians?
Varians bermaksud perbezaan antara harga standard dan kuantiti di satu pihak dan harga dan jumlah yang sebenarnya di sisi lain.

Latihan 10-6
Apa yang dimaksudkan dengan istilah pengurusan dengan pengecualian?
Sebuah sistem pengurusan di mana standard yang ditetapkan untuk pelbagai aktiviti operasi, dengan keputusan yang sebenar dibandingkan dengan piawaian tersebut. Setiap perbezaan yang dianggap signifikan dibawa ke perhatian pengurusan sebagai pengecualian. Tujuannya adalah untuk mencari penyebab masalah dan kemudian mengatasinya.

Latihan 10-7
Mengapa varians harga dan kuantiti dikira berasingan ?
Varians harga dikira untuk mendapatkan perbezaan antara harga sebenar dengan harga standard. Manakala varians kuantiti dikira bagi mengetahui antara perbezaan kuantiti sebenar dengan kuantiti standard. Ia dikira kerana untuk mendapatkan harga dan kuantiti mengikut jumlah masing-masing.

Latihan 10-8
Siapa yang biasanya bertanggungjawab atas harga bahan varians? Kuantiti bahan varians? Kecekapan varians tenaga kerja?
Pengurus pembelian kawalan atas harga yang dibayar untuk barang dan kerananya bertanggungjawab atas varians harga. Banyak faktor yang mempengaruhi harga yang dibayar untuk barang, termasuk berapa banyak unit yang menempah banyak, bagaimana tempahan dihantar, apakah ketertiban merupakan tempahan kilat, dan jumlah bahan yang dibeli. Sebuah penyimpangan dalam salah satu faktor-faktor ini daripada apa yang sepatutnya ketika standard yang ditetapkan boleh menghasilkan varians harga. Namun, orang lain yang bukan pengurus pembelian bisa bertanggungjawab atas harga bahan varians. Analisis varians tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk melakukan cara mengalahkan barisan pengurus dan pekerja di atasnya. Penekanan harus berada pada garis menyokong pengurus dan membantu mereka dalam memenuhi tujuan bahawa mereka telah beusaha dalam mencapai matlamat organsasi.

Latihan 10-9
Apakah dua kaedah yang berbeza dalam mengira varians harga bahan-bahan? Takat yang lebih baik? Mengapa?
Sebuah harga bahan mengukur varians perbezaan antara apa yang dibayar untuk suatu bahan quatity dan apa yang seharusnya telah dibayar sesuai dengan standard. Perbezaan ini boleh dinyatakan dengan rumus sebagai berikut:

Harga bahan varians = (AQ X AP) - (AQ X SP)
Atau
Harga bahan varians = AQ (AP-SP)

Juga mencatat bahawa menggunakan pendekatan rumus ini, varians negatif selalu dicap sebagai menguntungkan (F) dan varians positif selalu dicap sebagai menguntungkan (U).


Latihan 10-10
Pemeriksaan nota kos daripada Chittenden Furniture Company mendedahkan bahawa harga bahan varians menguntungkan, tetapi kuantiti bahan varians tidak menguntungkan oleh jumlah besar. Apa yang mungkin mengindikasikan ini?








Kasmini Binti Hammatang

Ahad, 14 Mac 2010

PENYULUH YANG TIDAK BERLAMPU

PADA suatu malam, Abu Qulabah lalu di tepi sebuah kuburan. Disebabkan terlalu letih, dia telah tidur di atas sebuah kuburan. Sewaktu tidur, dia bermimpi ramai orang keluar dari dalam kubur dengan membawa penyuluh. Tetapi salah seorang daripadanya membawa penyuluh yang tidak berlampu. Lantas Abu Qulabah merapati dan bertanya, “Kenapa ia tidak menyala?’
“Mereka mempunyai anak dan saudara-mara. Hampir setiapa hari ada sahaja yang mengirimkan doa dan sedekah untuk mereka. Sedangkan aku sentiasa berada dalam keadaan gelap,” beritahu lelaki itu. Abu Qubalah kenal akannya. Sebelum meninggal dunia, dia merupakan seorang saudagar yang kaya raya.
“Aku ada anak di dunia. Tetapi dulu aku tidak mempedulikan pendidikan mereka dan sekarang aku dilupakan. Mereka tidak pernah mengirimkan doa untukku. Yang mereka tahu hanyalah berfoya-foya dan menghabiskan hartaku,” adunya lagi.
Keesokan harinya, Abu Qubalah pergi menemui anak-anak saudagar itu untuk menceritakan mimpi yang dialaminya. Mereka berasa sangat sedih dan menyesal. “Kami berjanji akan berubah dan mendoakan ayah setiap malam,” beritahu mereka.
Beberapa bulan kemudian, Abu Qubalah kembali bermimpikan saudagar itu. Kali ini penyuluhnya sudah bercahaya. Malah, ia lebih terang berbanding penghunikubur yang lain. Dia terus mendapatkan Abu Qubalah dan mengucapkan terima kasih atas bantuannya.
Pada keesokan harinya, Abu Qubalah bertemu lagi dengan anak-anak saudagar. Dia mengkhabarkan mimpinya kepada mereka. Dengan rasa riang, mereka mengucapkan terima kasih kerana menyedarkan mereka dan menyelamatkan ayahnya daripada kegelapan alam barzakh.
RENUNGKANLAH..SAMA KITA MENGAMBIL PENGAJARAN DARI KISAH YANG DIRIWAYATKAN..SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBA YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.AMIN…

Tarbiyah: Perbezaan antara solat lelaki dan perempuan



(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Sembahyang fardhu lima waktu adalah tuntutan syara‘ yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Tidak ada perbezaan antara lelaki mahupun perempuan, baik dari segi tuntutan sembahyang itu mahupun dari segi syarat-syaratnya, rukun-rukunnya dan cara menunaikannya.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sembahyang ini dikhususkan untuk perempuan yang telah digariskan oleh syara‘ yang membezakannya dengan lelaki. Perkara-perkara tersebut, antaranya:

i. Azan Dan Iqamah
Disunatkan bagi orang yang hendak mengerjakan sembahyang melakukan azan dan iqamah. Azan bagi orang yang sembahyang secara bersendirian hukumnya adalah sunat ‘ain.

Manakala azan bagi mereka yang bersembahyang secara berjemaah hukumnya adalah sunat kifayah. Walau bagaimanapun, perempuan adalah tidak disunatkan azan samada bagi sembahyang secara bersendirian atau secara berjemaah di kalangan jemaah perempuan dan sekalipun azan itu dilakukan dengan suara yang perlahan. Tidak sah azan seorang perempuan bagi jemaah lelaki dan khuntsa, bahkan berdosa kerana lelaki dan khuntsa haram memandangnya.

Dengan perbuatannya melaungkan azan itu menyebabkan pandangan mereka tertumpu kepadanya. Haram perempuan meninggikan suaranya untuk azan dihadapan lelaki asing (ajnabi) yang bukan mahramnya, sekalipun ketika itu dia bersama mahramnya, begitu juga jika dia meninggikan suaranya untuk azan di hadapan jemaah perempuan dengan adanya lelaki asing (ajnabi).

Walau bagaimanapun tidak makruh jika perempuan azan dihadapan jemaah perempuan dengan suara rendah iaitu dengan kadar yang hanya dapat didengar oleh mereka.

Manakala iqamah adalah disunatkan bagi perempuan ketika sembahyang sendirian mahupun jemaah yang didirikan sesama perempuan sahaja dengan suara yang rendah iaitu dengan kadar suara yang hanya dapat didengar oleh mereka.

ii. Aurat Dalam Sembahyang
Menutup aurat termasuk salah satu daripada syarat-syarat sah sembahyang walaupun seseorang itu bersembahyang di dalam gelap. Aurat perempuan yang wajib ditutup di dalam sembahyang adalah berbeza dengan aurat lelaki.

Dalam mazhab Syafi‘e aurat perempuan di dalam sembahyang ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Di dalam kitab I‘anah ath-Thalibin, al-‘Allamah as-Sayyid al-Bakri Rahimahullah ada menyebutkan bahawa aurat bagi perempuan itu ada empat:

a) Ketika bersama lelaki asing (ajnabi), auratnya ialah keseluruhan badan.
b) Ketika bersama mahram atau bersendirian, auratnya ialah antara pusat dengan lutut.
c) Ketika bersama perempuan kafir, auratnya ialah seluruh tubuh badan kecuali apa yang zahir daripada anggota tubuhnya ketika melakukan pekerjaan.
d) Ketika sembahyang, auratnya ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Apa yang dimaksudkan dengan kedua tapak tangan itu termasuklah yang zhahir (belakang tapak tangan) dan yang bathin (perut tapak tangan) dari hujung jari sehinggalah pergelangan tangan.

Manakala maksud kawasan muka, batasnya secara memanjang ialah dari permulaan permukaan dahi hingga bahagian bawah dagu dan batasnya secara melintang ialah kawasan di antara dua cuping telinga.

Kebanyakan ulama Syafi‘e mensyaratkan hendaklah pakaian itu menutupi seluruh anggota aurat. Adapun syarat pakaian yang dipakai untuk menutup aurat tersebut hendaklah pakaian yang boleh menghalang daripada terlihat warna kulit. Tidak memadai menutup aurat dengan pakaian yang nipis dan jarang iaitulah pakaian yang menampakkan kulit dan bayang susuk tubuh badan.

Menurut Imam asy-Syirazi Rahimahullah, adalah disunatkan bagi perempuan untuk bersembahyang dengan memakai pakaian yang terdiri daripada penutup kepala dan leher dari kain yang tebal, memakai baju yang labuh atau jubah yang menutup seluruh badan hingga hujung kaki serta kain tebal yang menutup pakaian tersebut.

Dalam sebuah atsar yang disebutkan di dalam Sunan Abi Daud, Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha pernah ditanyakan tentang pakaian perempuan ketika sembahyang lalu beliau menjawab:

Maksudnya: “Seorang perempuan bersembahyang dengan memakai kain tutup kepala dan pakaian panjang yang dapat menutup kedua tapak kakinya.”

Disunatkan juga bagi perempuan untuk menebalkan baju atau jubah yang dipakainya sehingga tidak menampakkan anggotaanggotanya dan merenggangkan kain tebal yang dipakainya di sebelah luarnya daripada badannya ketika ruku‘ dan sujud sehingga tidak menampakkan pakaiannya di sebelah dalam.

Berdasarkan keterangan di atas, maka wajib bagi seseorang itu bersembahyang dengan memakai pakaian yang benar-benar menepati apa yang telah digariskan oleh syara‘, iaitu tidak menampakkan warna kulit dan bayang susuk tubuh badan.

Sebaiknya pakailah telekung yang labuh dan tebal ataupun memakai pakaian tebal di sebelah dalam jika telekung yang digunakan itu nipis atau jarang.

iii. Saf Sembahyang
Jumhur ulama berpendapat bahawa disunatkan bagi makmum meluruskan saf-saf mereka ketika sembahyang berjemaah, bagi mengisi kekosongan yang terdapat di dalam saf dan
menyamaratakannya sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Luruskanlah saf-saf kamu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu termasuk kesempurnaan sembahyang”.
(Hadis riwayat Muslim)

Disunatkan para jemaah untuk memenuhi saf yang pertama dahulu kemudian barulah diikuti dengan saf kedua dan seterusnya. Saf yang pertama dimaksudkan di sini ialah saf yang pertama di belakang imam.

Bagi golongan perempuan, jika sembahyang dalam jemaah yang hanya terdiri daripada imam dan jemaah perempuan sahaja, maka disunatkan untuk memenuhi saf yang pertama kemudian diikuti dengan saf-saf seterusnya.

Adapun jika mereka sembahyang dengan jemaah yang terdiri daripada orang lelaki dan perempuan tanpa ada pembatas antara jemaah lelaki dan perempuan, maka saf yang lebih afdhal bagi perempuan adalah saf yang akhir.

Untuk lebih jelas mengenai dengan saf perempuan ketika bejemaah, diterangkan susunan saf-saf di dalam sembahyang seperti berikut:

a) Apabila yang hadir berjemaah itu terdiri daripada golongan lelaki yang baligh, kanak-kanak lelaki, khuntsa (orang-orang yang tidak diketahui jantinanya adakah lelaki atau perempuan kerana memiliki alat kemaluan lelaki dan perempuan atau tidak memiliki alat kemaluan lelaki dan perempuan) dan golongan perempuan, maka didahulukan golongan lelaki yang baligh kemudian kanak-kanak lelaki kemudian khuntsa dan barulah diikuti oleh golongan perempuan.

b) Apabila yang hadir berjemaah itu terdiri daripada golongan lelaki yang baligh, seorang khuntsa dan seorang perempuan, maka didahulukan golongan lelaki, kemudian khuntsa tersebut berdiri seorang diri di belakang golongan lelaki dan kemudian diikuti oleh perempuan tersebut berdiri seorang diri di belakang khuntsa tersebut.

c) Apabila yang hadir berjemaah itu terdiri daripada seorang kanak-kanak lelaki, seorang khuntsa dan seorang perempuan, maka kanak-kanak tersebut berdiri di sebelah kanan imam, kemudian diikuti oleh khuntsa di belakang keduanya dan barulah perempuan tersebut di belakangnya.

d) Apabila jemaah yang hadir terdiri daripada golongan perempuan, maka disunatkan bagi imamah (imam perempuan) berdiri di tengah-tengah saf bersama jemaah perempuan, akan tetapi ke hadapan sedikit untuk membezakan dirinya dengan para makmum.

Apabila yang hadir berjemaah hanya seorang perempuan disunatkan baginya berada di sebelah kanan imamah (imam perempuan), tetapi hendaklah ke belakang sedikit daripada imamah.

Wallahu'alam
Posted by Ferdy at 7:15 PM
Labels: sembahyang, solat

Barisan Di Akhirat



Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah SAW dan bertanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah SAW, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT” – Erti firmanNya : “Pada sangkala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”(Surah al-Naba’).”

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah SAW menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan :

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih : “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datangla suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringankan-ringankan SOLAT.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “ Mereka adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasanya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau yang busuk daripada bangkai. Ketika itu, Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah yang hitam gelap dan mata berwarna biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka ini adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.”

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang meminum arak. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka ADALAH NERAKA.”

BARISAN KEDUABELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan : “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat , maka inilah balasanya, dan tempat mereka kembali adalah SYURGA, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

Selasa, 2 Mac 2010

Latihan Bab 5-1 hingga 5-15

Latihan 5-1 :
Perbezaan antara kos berubah, kos tetap dan kos campur.
Kos berubah : Merupakan kos yang akan berubah mengikut tahap aktiviti yang berlaku. Semakin tinggi tahap aktiviti yang digunakan, kos juga turut meningkat.
Kos tetap : Kos yang tidak akan berubah walaupun tahap aktiviti berubah
Kos campur : Kos yang terdiri daripada dua elemen iaitu kos berubah dan kos tetap.


Latihan 5-2 :

Apakah kesan peningkatan jumlah di bawah.

Unit kos tetap ?
Meningkat apabila kos purata tetap meningkat / unit berkembang tahap aktiviti meningkat


Unit kos berubah ?

Kos berubah = Perubahan kos
Perubahan aktiviti

Jumlah kos tetap ?

Jumlah kos berubah ?

Latihan 5-3 :
Tentukan syarat-syarat berikut : a) Kelakuan kos b) Had yang relevant
a) Gelagat kos
Dipengaruh dengan gelagat perubahan aktiviti.

b) Had yang releven
Jumlah yang dianggarkan sesuai dengan kos dan aktiviti yang telah ditetapkan


Latihan 5-4 :

Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti asas?
Faktor atau aktiviti yang menyebabkan perubahan sesuatu kos. Contohnya jam buruh langsung, jam mesin, unit jualan dan unit yang dikeluarkan.


Latihan 5-5 :
Perbezaan antara a) kos berubah, b) kos campur, c) Kos langkah-kos berubah. Tiga carta kos dalam graf, dengan aktiviti dibuat digarisan mendatar dan kos digarisan menegak.

Kos berubah :
Kos yang dipengaruhi oleh tahap aktiviti yang berlaku. Semakin tinggi tahap aktivit semakin tinggi jumlah kos yang akan digunakan.

Kos campur :





Kos langkah-kos berubah :



Latihan 5-6 :

Pengurus sering menganggarkan hubungan garis lurus antara kos dan jumlah. Bagaimanakah latihan ini boleh mempertahankan kenyataan bahawa kebanyakkan kos adalah garis melengkung.

Ahli ekonomi dengan tepat mengatakan bahawa kebanyakkan kos yang telah dikelaskan oleh akauntan adalah secara melengkung. Kebanyakkan kos adalah tidak bergaris lurus apabila diplotkan sebagai fungsi dan jumlah.






Latihan 5-7 :

Perbezaan antara kos tetap garis lurus dan kos tetap jawatankuasa.

Merancang had pengetahuan untuk kos tetap melengkung bagi jangka masa pendek.
Boleh dipotong untuk tempoh jangka pendek dengan kerosakan yang dialami adalah minima pada matlamat organisasi. Selain itu, merancang had pengetahuan yang merangkumi banyak tahun.


Latihan 5-10 :

Apakah keburukan utama kaedah tinggi-rendah ?

Nilai akhir tidak tepat
Tahap aktivit sentiasa berubah, kadang-kadang naik dan turun.
Tidak tepat dengan jumlah kos yang telah ditetapkan


Latihan 5-11 :

Berikan formula bagi kos campur.

Kos Campur : y = a + bX

Kos Berubah = Perubahan kos
Perubahan aktiviti

Kos tetap = Jumlah kos – Elemen kos berubah







Latihan 5-12 :
Apakah maksud least-squares regression?
The least-squares regression method tidak sama dengan high-low method di mana ia menggunakan semua data untuk mengasingkan kos tambahan dalam kos komponen tetap dan kos berubah.

Latihan 5-13 :
Perbezaan antara ordinary least-squares regression analysis dan multiple regression analysis.
Least-squares regression analysisi
Menggunakan semua data untuk mengasingkan kos tambahan dalam kos komponen tetap dan kos berubah.

Multiple regression analysisi
Digunakan apabila kos berubah tertahan disebabkan oleh lebih dari satu factor.
 
Copyright 2009 Mujahidah Solehah. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Templates team
Wordpress by Wpthemescreator