Ahad, 14 Mac 2010

PENYULUH YANG TIDAK BERLAMPU

PADA suatu malam, Abu Qulabah lalu di tepi sebuah kuburan. Disebabkan terlalu letih, dia telah tidur di atas sebuah kuburan. Sewaktu tidur, dia bermimpi ramai orang keluar dari dalam kubur dengan membawa penyuluh. Tetapi salah seorang daripadanya membawa penyuluh yang tidak berlampu. Lantas Abu Qulabah merapati dan bertanya, “Kenapa ia tidak menyala?’
“Mereka mempunyai anak dan saudara-mara. Hampir setiapa hari ada sahaja yang mengirimkan doa dan sedekah untuk mereka. Sedangkan aku sentiasa berada dalam keadaan gelap,” beritahu lelaki itu. Abu Qubalah kenal akannya. Sebelum meninggal dunia, dia merupakan seorang saudagar yang kaya raya.
“Aku ada anak di dunia. Tetapi dulu aku tidak mempedulikan pendidikan mereka dan sekarang aku dilupakan. Mereka tidak pernah mengirimkan doa untukku. Yang mereka tahu hanyalah berfoya-foya dan menghabiskan hartaku,” adunya lagi.
Keesokan harinya, Abu Qubalah pergi menemui anak-anak saudagar itu untuk menceritakan mimpi yang dialaminya. Mereka berasa sangat sedih dan menyesal. “Kami berjanji akan berubah dan mendoakan ayah setiap malam,” beritahu mereka.
Beberapa bulan kemudian, Abu Qubalah kembali bermimpikan saudagar itu. Kali ini penyuluhnya sudah bercahaya. Malah, ia lebih terang berbanding penghunikubur yang lain. Dia terus mendapatkan Abu Qubalah dan mengucapkan terima kasih atas bantuannya.
Pada keesokan harinya, Abu Qubalah bertemu lagi dengan anak-anak saudagar. Dia mengkhabarkan mimpinya kepada mereka. Dengan rasa riang, mereka mengucapkan terima kasih kerana menyedarkan mereka dan menyelamatkan ayahnya daripada kegelapan alam barzakh.
RENUNGKANLAH..SAMA KITA MENGAMBIL PENGAJARAN DARI KISAH YANG DIRIWAYATKAN..SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBA YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.AMIN…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright 2009 Mujahidah Solehah. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Templates team
Wordpress by Wpthemescreator