Selasa, 6 April 2010

Latihan 12 : Laporan segmen dan Desentralisasi

Latihan 12-1

Apakah yang dimaksudkan dengan terma desentralisasi ?

Desentalisasi bermaksud bukan pemusatan. Iaitu, kuasa tidak terhad hanya kepada pengurus atasan sahaja tetapi ia turut melibatkan setiap peringkat pengurusan dan pekerja bawahan juga boleh membuat keputusan.



Latihan 12-2

Apakah kepentingan dalam membuat keputusan daripada desentralisasi ?

Ø Tanggungjawab pengurus atasan akan semakin kurang berkaitan dengan strategi organisasi.

Ø Kuasa dalam membuat keputusan dapat meningkatkan kepuasan kepada sesiapa yang membuat keputusan.

Ø Pengurus bawahan dapat membalas respon pelanggan dengan cepat.

Ø Peringkat bawahan seringkali dapat membuat keputusan dengan baik.

Ø Pengurus peringkat rendah mendapat pengalaman dalam membuat keputusan.


Latihan 12-3

Jelaskan perbezaan antara pusat kos, pusat keuntungan dan pusat pelaburan?

Ø Pusat kos : Segmen pengurus yang mempunyai kawalan terhadap kos tetapi tidak pada pendapatan atau pelaburan.

Ø Pusat keuntungan : Segmen yang mana pengurus mempunyai kawalan terhadap kedua-dua iaitu kos dan belanja tetapi tidak kawal keatas dana pelaburan.

Ø Pusat pelaburan : Segmen dimana pengurus mempunyai kawalan keatas kos,belanja, dan pelaburan dalam operasi aset.


Latihan 12-4

Definisikan segmen dalam organisasi. Berikan beberapa contoh setiap satu ?

Segmen : Iaitu sebahagian atau aktiviti organisasi tentang apa yang seorang pengurus perlu cari iaitu kos, pendapatan, data keuntungan.

Contoh : Wilayah jualan, kedai individu, pusat perkhidmatan, jabatan pemasaran dan sebagainya.


Latihan 12-5

Bagaimana pendekatan sumbangan kos dapat diberikan kepada segmen dalam organisasi?

Pendekatan ini berlaku di mana jika kos yang dapat dikesan kepada segmen dan kos biasa tidak diperuntukkan dalam pendekatan sumbangan kos.



Latihan 12-6

Perbezaan antara kos dikesan dengan kos biasa. Berikan beberapa contoh bagi setiap kos tersebut ?

Ø Kos dikesan : Terbit kerana wujudnya segmen yang khusus dan akan hilang dari masa ke semasa sekiranya segmen tersebut hilang dengan sendirinya.

Ø Kos biasa : Terbit kerana keseluruhan firma tersebut tidak akan hilang sekiranya terdapat segmen khusus disingkirkan.

Ø Contoh : Jika jabatan sebuah syarikat bertindak sebagai segmen. Kos dikesan merangkumi gaji pengawal jabatan atau pekerja yang bekerja di jabatan tersebut. Manakala kos biasa adalah berkaitan dengan kos sewa bangunan pusat, pengiklanan korporat dan sebagainya.


Latihan 12-7

Terangkan bagaimana segmen margin berbeza dengan margin sumbangan?

i. Margin segmen : Dikira dengan mengurangkan kos tetap dapat dikesan dari kos margin sumbangan, ia adalah ukuran yang terbaik daripada jangka masa panjang segmen.

ii. Margin sumbangan : Perbezaan antara pendapatan jualan dan kos pembolehubah.


Latihan 12-8

Kenapa kos biasa tidak diperuntukkan untuk segmen dibawah pendekatan sumbangan ?

Ini kerana, beberapa segmen mungkin jadi tidak menguntungkan dan pengurus mungkin terpengaruh untuk menghilangkannya. Jika segmen dihilangkan kerana adanya kos biasa diperuntukkan tanpa sebab, keuntungan syarikat secara keseluruhan akan menurunkan jumlah margin segmen kerana kos biasa akan menjadi tetap. Kos biasa yang telah diperuntukkan untuk segmen kemudian akan diperuntukkan semula untuk segmen selebihnya, seterusnya menjadikannya kurang menguntungkan.



Latihan 12-9

Bagaimana mungkin iaitu kos yang dapat dikesan kepada segmen dapat menjadi kos umum jika segmen terbahagi kepada segmen seterusnya ?

Kos organisasi mempunyai batas sejauh mana ia dapat dibolehkan. Oleh kerana itu, kos yang dapat dikesan kepada segmen dapat menjadi umum sebagai segmen yang terbahagi menjadi unit segmen yang lebih kecil. Contohnya, kos televisyen antarabangsa dan media cetak mungkin dapat salurkan kepada produk lini tertentu, tetapi kos umum dari wilayah geografi adalah tempat jualan produk lini yang dijual.




Latihan 12-10

Apakah yang dimaksudkan dengan terma margin dan pusing ganti dalam pengiraan ROI?

Ø Terma margin : Iaitu nisbah keuntungan operasi bersih dan jumlah keseluruhan jualan.

Ø Pusing ganti : Iaitu merujuk pada nisbah jumlah keseluruhan jualan aktiviti operasi secara purata. Hasil darab margin dan pusing ganti adalah ROI.




Latihan 12-11

Apakah maksud pendapatan sisa ?

Ø Pendapatan sisa : Bemaksud keuntungan bersih pusat pelaburan yang dihasilkan pada tahap minimum yang diperlukan oleh syarikat sebagai pulangan ke atas aktiviti operasi.



Latihan 12-12

Dalam keadaan manakah ROI boleh digunakan sebagai langkah menghasilkan keputusan bagi pusat pelaburan yang paling sukar ?

Jika ROI digunakan untuk menilai prestasi, seorang pengurus pusat pelaburan boleh menolak kemungkinan yang menguntungkan pelaburan dengan tingkat pulangan melebihi tahap yang diperlukan syarikat. Pendekatan sisa pendapatan mengatasi masalah ini kerana setiap projek yang tahap pulangan melebihi tahap minimum yang diperlukan syarikat akan mengakibatkan peningkatan sisa pendapatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright 2009 Mujahidah Solehah. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Templates team
Wordpress by Wpthemescreator